Monday, August 21, 2006

Kotak Jeritan

Assalamualaikum..

bertemu kita sekali lagi di persada maya ini buat kesekian kalinya. terlalu perlahan pergerakan penyatuan kita ini . diharapkan saudara-saudari ex-YAA jangan malu dan jangan segan untuk berhubung dengan kami. sebarang maklumat atau pandangan adalah dialu-alukan.

kata orang.. orang lain kata bukan kami kata.. tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya! ( hmm.. macam pernah kudengar ayat ini.. dalam kelas mana ya? hehehe)

jadi kepada rakan-rakan seYAA, bersama-samalah kita memeriahkan lagi kempen 'tak pecah maka tak dapat'
ini dengan memberikan idea-idea atau sumbangan contohnya gambar-gambar lama untuk dijadikan sebagai koleksi paparan di laman blog ini atau mungkin saja logo YAA
(saya kehilangan nota yang terdapat logo YAA!)

saudara Azam juga telah menerima pandangan dari saudara Afzainizam
(betul ejaan?), senior kami supaya diletakkan ruang tagboard/shoutbox atau kotak jeritan di laman blog ini.

jadi saya dengan rasa segan silu telah melengkapkan sebuah kotak jeritan untuk kita saling jerit menjerit di sini yakni di sebelah kanan laman blog ini.


ok sehingga bertemu di lain entri. wabillahi taufik wal hidayah.

Friday, August 04, 2006

Semoga kita terus bersahabat

Ya rakan-rakan seperjuangan YAA, kita tetap bersaudara.. bersahabat.. dan segala 'ber' lagi.. walaupun masa menjarakkan perhubungan kita untuk sekian lama.

Semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat menggerakkan dan menghidupkan semula semangat ukhuwah siswa-siswi YAA.

Berkaitan catatan oleh Saudara Azam, rakan-rakan juga boleh menghantar emel ke alamat REUNIONYAA@GMAIL.COM untuk sebarang perkembangan lanjut.

Saya Suhaimi, bekas pelajar YAA 89-90 melaporkan untuk catatan kali ini.

Sekian. Terima Kasih.

Thursday, August 03, 2006

Congratulation

Tahniah diucapkan atas usaha saudara Suhaimi kerana menjayakan satu ruangan bagi ex YAA yang ingin mencari platform untuk bertemu semula. Usaha murni ini sudah pasti akan dapat menghasilkan kebaikan kepada kita semua.

Saya menyeru kepada semua bekas pelajar YAA yang ingin menjalinkan semula perhubungan persahabatan yang sekian lama terputus bolehlah menghubungi saya di email abunazarah@yahoo.com. Saya merupakan pelajar pada tahun 1988 - 1990. Nama iaitu Noor Azam Abd Aziz.

Tuesday, August 01, 2006

Apa yang berlaku?

Hampir setahun laman blog ini dibangunkan tetapi kerana hal-hal teknikal, maka sehingga kini perancangan asas untuk perjumpaan semula tidak berlangsung.

Semoga pertemuan 'kedai kopi' tadi dapat membangkitkan semula semangat untuk menganjurkan satu majlis perjumpaan semula seperti yang dirancang.

Insya'allah.